Tajuk : Fiqh Medic
Penulis : Ustaz Fauwaz Fadzil
Muka Surat : 142
Berat:0.24 kg
Berminat?
Atau terus WhatsApp/WeChat/Telegram +60134194298
* * *
Buku ini mengupas tantang hukum-hakam dalam dunia perubatan kontemporari. Justeru, amat sesuai dibaca oleh setiap lapisan masyarakat yang ingin mengetahui penerapan fiqh dalam bidang ilmu kesihatan dan budaya hidup seharian mereka. Secara ringkas, berikut merupakan kelebihan-kelebihan yang dapat dimanfaatkan daripada buku ini :
Selari dengan perkembangan teknologi yang telah menemukan pelbagai kaedah perubatan, penulis cuba menampilkan kebersamaan fiqh dalam setiap permasalahan yang diutarakan.
Bertunjangkan dalil dan hujah daripada al-Quran, hadis serta koleksi fatwa daripada para ulama dan badan fatwa, hal ini dengan sendirinya meningkatkan lagi kualiti buku ini.
Penulis mendatangkan kesimpulan dan pandangan yang amat baik setelah membentangkan setiap permasalahan dengan penuh tertib dan tersusun, selain cuba meraikan setiap permasalahan berdasarkan konteks atau situasi yang biasanya berlaku dalam masyarakat di Malaysia.
Faktanya kemas, padat, ringkas dan sangat memadai untuk memberi kefahaman kepada orang awam.
Penggunaan laras bahasa yang mudah dengan tidak banyak memasukkan istilah-istilah saintifik yang terlalu sukar dan mendalam. Sesuai sebagai bahan bacaan yang tidak terlalu berat untuk masyarakat.
Catat Ulasan