Tajuk : Muhammad Al-Fatih 1453
Penulis : Felix Y. Siauw
Penerbit : AR
Harga : RM24.00
* * *
Pemuda yang mengukir namanya dalam sejarah emas dunia, dengan prestasi dan pencapaian yang tidak pernah ada pada masanya ataupun sebelumnya, prestasi yang jauh melampaui zamannya.
Ini adalah kisah ketika dunia hanya mengenal dua wilayah; Barat dan Timur. Ini adalah persaingan antara dua negara: Imperium Rom dan Khalifah Islam. Ini adalah ceritera saat dunia terbahagi menjadi dua bahagian; Kristian dan Islam. Ini adalah epik antara dua kekuatan: Byzantium dan Uthmani.
Pada suatu masa ketika dunia hanya terbahagi menjadi dua bahaagian, sudah menjadi kewajaran bagi Barat untuk menakluki Timur. Namun ada seorang pemuda yang membalikkan semuanya dan menakluki sebahagian besar Barat.
Pemuda yang mengukir namanya dalam sejarah emas dunia, dengan prestasi dan pencapaian yang tidak pernah ada pada masanya ataupun sebelumnya, prestasi yang jauh melampaui zamannya.
Ini adalah satu pertempuran paling penting dalam sejarah Islam dan sejarah dunia. Pertempuran yang sangat berpengaruh kepada hubungan Kristian dan Islam serta panglima terbaik yang telah digambarkan oleh Baginda Rasulullah SAW.
Kesatria Islam yang menjatuhkan Kota Konstantinopel pada usia 21 tahun!
Di manakah kita pada usia 21 tahun?
Kota yang direbuti, luar biasa kemajuanya dari segala aspek. Telah ramai pemimpin Islam yang berusaha mendapatkannya, tetapi ia akhirnya berjaya takluk oleh seorang yang terlalu jauh lebih muda!
Sultan Muhammad Al Fatih (1453) tetap susuk Muslim sangat misteri bagi dunia kristian Barat.
Wafatnya disyukuri oleh seluruh penjuru Eropah dan Italia bernafas lega kerananya. Ummat Islam kehilangan seorang ksatria yang telah mewakafkan seluruh kehidupannya untuk berjihad tanpa lelah. Dia adalah seorang yang dapat membuat perubahan besar dunia
Lihat sahaja syairnya pada usia remaja:
NIATKU: Taat kepada Allah, “Dan hendaklah kalian berjihad di jalan-Nya” (Al-Maidah 5:35)
SEMANGATKU: Berupaya dalam kesungguhan dalam melayani agamaku, agama Allah
TEKADKU: Aku akan leuk lututkan orang kafir dengan tenteraku, tentera Allah
FIKIRANKU: terpusat kepada pembebasan, atas kemenangan dan kejayaan, dengan kelembutan Allah
JIHADKU: Dengan jiwa dan harta dan apa yang tersisa di dunia setelah ketaatan pada perintah Allah
KERINDUANKU: Perang dan Perang, ratusan ribu kali untuk mendapatkan redha Allah
HARAPANKU: Pertolongan Allah dan kemenangan dari Allah, dan ketinggian negara ini atas musuh-musuh Allah
Kejayaan Sultan Muhammad Al fateh, bukanlah sekelip mata, ia berlaku dengan perancangan yang amat rapi dari segala aspek, termasuklah, ilmu, ibadah, khidmat ahli professional, dan lain lain. Kekuatan ibadah dan pengharapan kepada Allah yang sangat tinggi bukan sahaja pada Sultan Muhammad Al FATEH, tetapi kepada ahli pasukannya.
Sungguh kemenangan hadir dengan kepimpinan terbaik oleh pasukan terbaik...
Peranan pendidikan Sultan Muhammad Al Fateh di lihat sangat signifikan terhdap kejayaannya. Bapanya, Sultan Murad II telah menetapkan guru dan ulamat ulama terbaik untuk mendidik anaknya, bukan sahaja dari segi ilmu keagamaan, tetapi termasuklah ilmu -ilmu yang penting termasuk sejarah sejarah perang para Nabi dan Sahabat..
Perkongsian menghidupkan jiwa ini banyak terdapat dalam buku Muhammad Al Fatih 1453. Kekuatan buku ni ialah pada gaya penulisan. Kita seperti berada dalam tempat tersebut atau seperti sedang menonton movie.
Klik di sini untuk mendengar sediri kupasan oleh penulis: http://www.youtube.com/watch?v=fu1kjM3a03s
Catat Ulasan