Tajuk : Mudahnya Menjemput Rezeki
Penulis : Fathuri Salehuddin
Publisher : Galeri Ilmu
Harga : RM18.00
Analogi menjemput rezeki boleh diambil daripada contoh semut. Dalam satu-satu tempat, agak sukar untuk kita mencari semut,sangat sukar. Pun begitu, itu jika kita mencari. Tetapi ada cara lain yang lebih mudah jika kita ingin menemui semut. Ia adalah dengan mengumpannya (menjemputnya) dengan makanan manis, contohnya gula. Letak sahaja gula, semut pasti akan datang tanpa kita tahu dari mana asalnya. Yang pasti ia akan tetap menghurung gula tersebut.
Begitulah konsep rezeki yang cuba dibongkarkan oleh penulis. Konsepnya mudah, berikan apa yang “Pemilik” rezeki mahukan, InsyaALLAH kita akan peroleh apa yang kita mahu. Dalam konteks ini, berikan apa yang Allah mahu seperti solat, membaca Al-Quran, bersedekah dan sebagainya. Bayangkan jika Allah memberi kita kejutan rezeki tanpa disangka-sangka. Sudah pasti ia satu yang menakjubkan! Ia pasti akan menerujakan! Justeru, daripada mencari, lebih mudah jika kita menjemput rezeki datang bertandang berjumpa kita.
Catat Ulasan