Indahnya Hidup Bersyariat - Ustaz Ismail Kamus



MODUL FARDU AIN DIRI,KELUARGA DAN MASYRAKAT SEPANJANG HAYAT

Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.

Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik. Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.

Petikan dari buku yg menunjukkan illustrasi berwarna disertakan ayat-ayat Al-Quran yg menyokong fakta.

Bagaimana menggunakan buku ini?

  • Menjadikan rujukan institusi pendidikan, sekolah, pusat sumber, masjid, surau, kumpulam pengajian, persatuan dan NGO.
  • Modul fardu ain untuk seisi keluarga.
  • Dibaca selepas solat Subuh, Maghrib atau sebelum tidur.
  • Bahan fardu ain mingguan, tazkirah, usrah dan halaqah.
  • Hadiahkan buku ini untuk sambutan hari lahir dan hari perkahwinan.
  • Berikan hadiah kepada bos, kakitangan, suami, isteri, anak, ibu bapa, guru dan murid.


*  *  *


Tajuk : Indahnya Hidup Bersyariat

Penulis :  Ustaz Dato' Hj Ismail Kamus & Mohd Azrulazlen Abd Hamid.

Publisher : Telaga Biru

Harga : RM 55.00 





Related product you might see:

Share this product :

Catat Ulasan


    Random posts widget
 
Support : ibnuDDin™ | Muhammad Iqbal | ibnuDDin's Book Shop | iCom™ Store
Copyright © 2014. El-Kitab Shop | Beli Buku Online - All Rights Reserved
Template Modified by ibnuDDin™ | Muhammad Iqbal Published by El-Kitab Shop
Proudly powered by Lillahi Ta'ala