Tafsir Al-Azhar Juzuk 1,2,3 (Jilid 1)
Karya : HAMKA
Terbitan : PTS
Jumlah Muka Surat : 736
Berat (kg) : 1.17
HARGA : RM90.00
Berminat?Isi BORANG TEMPAHANatauTerus hubungi : WhatsApp/WeChat/Telegram +60134194298
* * *
Tafsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara, Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah, ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA.
HAMKA telah menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini, antaranya metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain.
Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan syair, dan menganalisis dengan kemampuan sendiri dengan pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.
Tafsir Al-Azhar menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik, dan menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara.
Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera, dan psikologi.
----------------
ULASAN
Tafsir Al-Azhar merupakan karya utama dan terbesar Buya Hamka diantara 115 karya lain beliau dalam pelbagai bidang termasuk sastera, sejarah, tasauf dan agama.
Tafsir Al-Azhar mula ditulis sejak 1960 dan lengkap 30 juz ketika Hamka berada dalam penjara di bawah pemerintahan Soekarno.
Hamka ditahan dan dipenjarakan dengan tuduhan melakukan kegiatan subversif terhadap pemerintah tanpa pernah dibuktikan di mahkamah, memberikan hikmah yang amat besar kepada penghasilan karya besar ini.
Tafsir ini tidak disusun terlalu tinggi hingga hanya boleh difahami oleh ulama, dan tidak pula terlalu rendah hingga menjemukan.
Tafsir ini disusun tanpa membawakan pertikaian mazhab-mazhab fiqh. Hamka berusaha untuk tidak terlalu taksub kepada sesuatu fahaman mazhab tertentu dan sedaya upaya menghuraikan maksud ayat yang memberikan kesempatan pembaca untuk berfikir.
Karya ini sesuai dengan kepelbagaian penghayatan dan kemampuan pemahaman masyarakat Islam yang majmuk.



Catat Ulasan